Tuesday, December 27, 2011

~Keputusan Aku Muktamad~

Assalamualaikum dan Salam Sejatera,

Alhamdulillahh..masih diberi usia,masih diberi kesihatan dan lain2. Semenjak Ofis aku blok laman2 sosial dan termasuk blog edit, aku jarang berpeluang edit blog untuk aku kongsikan cerita suke duke aku.. Alhamdulillah malam ni, d sbbkan aku x leh tido, aku ingin mengwar2kan satu berita dan keputusan yang aku rasakan yg terbaik buat aku, keluargaku dan kehidupanku.. Da lama aku mmbuat kptsan ini, namun d halang oleh org tuaku. Sehingga 1 tahap aku rasa, aku perlu mengambil keputusan ini demi anak2ku dan suamiku yang sangat supportive.

Da 3 thn lebey status aku sbg F29 sambilan di Jab Akauntan Negara, Putrajaya. Environment, kawan2, kerja, bos2 mmg terbekkk!! Tp, d sbbkan status aku sbg PSH(Pekerja Sambilan Harian), banyak perkara yg telah ditarik dan merungsingkan hidup aku. Mcm aku ckp dlm entry sblm ni, alaun kene tarik, cuti langsung x de, renew dr 6 bln, jadi 3 bln sekali..hohhh.. Rasa dizalimi dan semakin dipinggirkan oleh kerajaan... Now, kptsan telah ku ambil,JANM akan menjadi memori terindah buatku bermula 31 Jan 2012. Plan back up telah dibuat. Buat sementara waktu, aku akan fokus dengan biz buat tudung dan menjaga anak2 yg slalu terabai dek kesuntukan waktu bersama pada weekly.



Buat teman2 opis, aku ucapkan ribuan terima kasih di atas perkongsian ilmu, suke duke, gelak tawa, sedih pilu, dll. Maaf andai selama di INFRA, BPTM, aku banyak melakukan kesilapan dan kealphaan.. Kalian sememangnya akan sentiasa diingatan..(-_-)...


Sunday, November 13, 2011

KESAN STRESS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada warga Malaysia yang sedang membaca blog ini..

Untuk hari ini, saya ingin berkkongsikan satu kejadian yang berlaku di sekeliling saya akibat daripada kesan STRESS. Sebelum itu, sedikit penerangan tentang stress:

**Tekanan yang berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan luar biasa yang berpanjangan dan keterlaluan merupakan sesuatu yang merisaukan. Ia mempunyai kesan-kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot. Ini akan membawa kepada beberapa penyakit seperti ulser perut, tekanan darah tinggi, migrain (sakit kepala yang amat sangat) dll.

Telah dikaji bahawa hampir 3 juta rakyat malaysia yang mengalami gangguan jiwa (mental/gila) sehingga 2011.

Bukan hanya kewangan menjadi punca, tetapi kerja yang terlalu banyak sehingga kurangnya masa rehat juga bole mendatangkan kesan pada kesihatan tubuh.

Ingin saya kongsikan di sini, beberapa minggu yang lalu, seorang teman (A-kawan)sepejabat mengalami keguguran bayi kembarnya. Disbbkn kerja dipejabat terlalu banyak, bos yang tidak memberi sokongan dari semua aspek dan kerja yang perlu berdepan dengan karenah pelanggan yang bermacam ragam, A sering mengadu dan bermurung dengan kerja yang menimbun. Hanya dia seorang yang handle seme kerja2 yg berkaitan unitnye. Kemurungan dan tekanan yang di hadapi memungkinkan keguguran yang dihadapi. Namun Segalanya atas urusan Allah... Sesungguhnya Allah lebih mengetahui..

Thursday, October 20, 2011

DOA BUAT ANAK SOLEH..insya Allah..

Dalam dunia yang serba moden dan persekitaran yang amat mencabar kini, pasti terdetik kerisauan ibu bapa terhadapa pembesaran anak-anak. Sesungguhnya, sebagai ibu bapa(manusia) kita hanya mampu berserah kepadaNYA setelah berusaha untuk membesarkan anak-anak agar dijauhi dr segala kemungkaran, kecelakaan dan berusaha untuk tidak terpesong ke jalan kesesatan. Semua ibu bapa menginginkan anak-anak yang soleh/solehah, membesar dengan sihat, pintar, beroleh keberhasilan yang baik dalam melakukan pekerjaan dan segala yang terkandung dalam sifat MAHMUDAH.. Maka dikongsikan khas buat ibu bapa beberapa doa sebagai amalan walaupun sedang kita membasuh kereta, memasak dan sebagainya..Mudah2an Allah melindungi anak-anak kita dari segala mara bahaya yang tidak diingini...


DOA SUPAYA ANAK MENGERJAKAN SOLAT @ surah Ibrahim ayat 40-41


[40] “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
[41] “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

DOA UNTUK MELEMBUTKAN HATI ANAK @ Surah Taha 1-5

[1] Taa’ Haa.
[2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
[3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
[4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
[5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

smbg di len masa......

Thursday, October 6, 2011

~My dArLiNg G oT SteSeN..~

Ohh...Untuk thn ni (2011) bole d kire brape kali je en asben saye g ot stesen. Ptg ni dia g Cherating lak sampe ari ahad..aduhhhh..kalau ikutkan hati ni tarak sanggup jauh2 nii.. tp d sbbkan tugas, tanggungjawab ngan kerja, bos n agama terutama.. saye merelakan jua..waaaaaaaaaaa.. Sib Bek ade heros 2 org tu.. bole teman ibu kt umahkan..?? x pe, esok kite ikut umi ikah n ayah din balik kmpg jumpe nenek n embah lagiii..ye..ye.. Pepun semoga en asbenku selamat pergi n pulang.. Buat anak2 ibu, semoga menjadi anak2 yg soleh, pintar n cergas.. IBU SAYANGG SEMUA.. MySpace

Wednesday, October 5, 2011

~KeBahAgiAn Mu..kEbAhaGiaN kU jUa..~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Susah tol aku nk update blog skrg..opis da block sna sni.. kt umah nk ngadapa laptop pun kn tunggu free dr anak2 aku yg da advance. Pantang mak bapak dia bukak laptop, diorang pun nk amik port gak.. suh bukak youtube-thomas lah.. chaggingston lah.. haduiiishhhh...Niway, kesempatan ni aku nk share someting yg bole d manfaat dan praktikkan bagi yg sudah berkahwin sahaje yerr..hehehe...


Sebenarnyer aku syukur sangat coz ade hubby yg so sporting, supportive, loving, caring n romantic..hihi.. x rugi seorang isteri membahagiakan seorang suami dengan ape cara skali pun.. pahalanya sangat besa... Camtu gak sebaliknyer.. Tolong isteri uruskan umah pun besa gak pahalanyerrr.. Teringat aku kat sepotong hadith ni yang aku colek kt fb bespren aku ( http://ciksweety85.blogspot.com/ ). -hihi..aku tumpang share ek lalink.. - Hadith ni bole d jadikan rujukan utk pasangan suami isteri bagi mencarik kebahgiaan hidup.. Jgn duk ego n sombong sangat.. rugi komee!!! ..Meh aku share kt blog ni utk u ol hayati n fahami.. Praktikkan..jgn dok bace jerr..Tp yg belom kawen..kene la Tawen dulu yerr..hehehe...

"Sesungguhnya, apabila seorang suami memandang isterinya (dengan kasih & sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan kasih & sayang), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih & sayang. Dan apabila seorang suami memegangi jemari isterinya (dengan kasih & sayang) maka berjatuhanlah dosa-dosa dari segala jemari keduanya." (HR. Abu Sa'id)


~Semoga kebahagiaan yg kami kecapi abadi hingga di syurga..amin..~

Daaaa..sAyoNarA..MySpace

Wednesday, June 22, 2011

ANAK ANUGERAH ALLAH PALING BEHARGA..

Anak-anak adalah permata yang sangat bernilai dan Anugerah Allah Paling Beharga. Bagi aku, walaupun aku kerja awal pagi balik lewat petang, tp anak-anak adalah keutaan aku bile dah amik diorang dari rumah pengasuh. 1st thing i need to know, diorang da makan ke belum? kalau da makan, da kenyang belum? Kt opis slalu terfikirkan diorang..cukup mkn ke idak.. Yela, kat rumah ibu tau takat mn anak-anak makan..slera ke x?? Pastu antara soklan2 yang wajib aku tanye kt anak aku yang sulong..

1)"sayang Ibu Su x?"(pengasuh anak)..
2)"Ibu Su baik x?"..
3)"Ibu Su bagi Fateh makan x? Kenyang?"..
4)"Kt umah ibu su fateh men apa ngan abg long n abg ngah?" (anak2 ibu su)..

Aku bukanlah demand sangat dgn pengasuh..tp sbg seorang ibu, kita perlu tahu..kadang anak2 x nk cerita..so kita kene tanya..maklumlah skrg ni da ramai anak2 asuhan kene dera dgn pengasuh.. Hati kecil ku selalu cemburu dan fikirkan anak2..Aku x kisah kalau anak aku ditegur @ dimarah(berpada)..tp jgn sampai anak lebam sana sini n tiba2 berubah jadi pasih n ketakutan..(Nau'zubillah).. As ibu n ayah, kita mesti dapat rasa sebarang perubahan pada diri anak..jgn biarkan perkara ini berlanjutan.. cepat2 la siasat..sblm menyesal..

Bagi aku, kalau pengasuh anak aku ok jer, x bekira dan jaga anak2 aku dgn baik.. Anak2 aku hepi, sihat, kenyang... Aku x kedekut untuk membelanjakan lebih untuk pengasuh..cth: bawakkan makanan lebih kerumah pengasuh n bagi duit kalau ambil terlewat.

Bukan senang nk cari pengasuh..Kebanyakkan wanita bekerjaya sekarang.. Aku bersyukur sbb pengasuh anak2 aku sangat baik, prihatin jika berlaku apa2 pada anak2 aku, senang berkompromi(senang berunding), tidak berkira dan yang penting anak2 aku sayang dan selesa dengan dia. Aku harap dia akan terus jadi pengasuh yang baik walaupun dia akan mempunyai baby baru x lama lagi....

**Kepada ibu-ibu, hargailah dan sayangilah anak-anak anda.. Dikongsikan cerita ini :

1)
Seorang lelaki bertanya“Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”


2)
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;

“Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”

Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..”

Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada semua..(",)

Tuesday, June 14, 2011

BERHENTI KERJA???

BERHENTI KERJA...

Aku seorang penjawat awam yang berstatus sambilan..Kira aku da dekat 3 tahun duk kat bangunan kerajaan ni.. Mula-mula aku masuk, gaji aku ok lagi..w/pun kalau cuti kene tolak gaji,tp ade 7 ari cuti(setahun), alaun dpt..o.t pun bole klim..tempoh kontrak pun 6 bulan..pastu renew2..sampai la April 2011. Dari anak sorang sampai la anak da dua...hantar umah orang dengan bayaran RM500 sebulan x + bayaran lebey masa..so far aku bole la bantu en asben aku bayar bil2, topap2 makan di akhir2 bln, beli baju anak2 tiap bln, bg mak duit stiap bln, n bayar pengasuh anak utk sorang.. Alhamdulillah..

Tapi selepas April 2011, kluar pekeliling baru untuk pekerja sambilan...PSH(Pekerja Sambilan Harian)..Bedebar2 je jantung aku bace..

****Semua alaun da kene tarik, o.t da x bole klim, cuti langsung da x de..asal cuti kene tolak gaji, tempoh kontrak da 3 bln jer..haduiiiiiiiii...

Ape cer kerajaan ni..??? Nak tambah tekanan pada rakyat M'sia ker? Da la ramai yg 'MANTEL' skrg..

Kat opis da la keje makin banyak.. anak plak slalu x sihat..tiap bulan ade je cuti.. bwk anak ke klinik lah..anak demam lah..tp gomen x de timbang rasa nk tolak gak gaji aku jerr.. da la gaji sedia ade pun dia tolak.. abis aku nk tolong asben aku cam ne?? duk kat putrajaya ni bukan skit2 pakai duit..seme men duit jerrr..skit2 duit.. Da la barang nek harge.. kompem minyak pun nek harga sat lagi..

Aku ingat aku nk brenti keje.. jaga anak, buat biz.. amik tempahan jahit baju,amik budak sek trasit tgh hari 2-3 org, tunggu duit keli stiap bln..Aku da calculate seme tu sblm buat kptusan ni .. Plan pun da lama..asben pun da bg green light.. Tp ayahanda kesayangan ku plak len pendapatnyerrr.. Dia x bg aku brenti dulu..Dia suh aku bersabar dan tunggu skit masa lagi..dia suh aku bersyukur sbb kt luar tu ramai yg beratur nk ganti tmpat aku..hmm.. terharu dan sedey.. dalam dilemaaa...

Walaupun asben aku da bg green light..tp aku still kn hormat keputusan ayahanda ku..sbb dia yg bg duit sekolahkn aku.. berabeh duit besakan aku.. sakit penin aku dia bawak g jmpa dokte..

Ya Allah..berikanku petunjukMu untuk aku terus mara ke hadapan.. Permudahkan segala urusanku dan berkati segala rezki yang telah engkau berikan.. Murahkan rezki ku dan keluarga ku.. dan kau ampunkanlah segala dosa kedua ibu bapaku, suami ku dan juga dosa2ku...amin ya Rabbal a'alamin..

Wednesday, March 30, 2011

-TEMPAHAN BAJU KURUNG-

ASSALAMUALAIKUM WBT..

Alhamdulillah..da lama x tinggalkan cerita ala2 sensasi, kat my lovely blog ni..hehehe..rindu plak..

Straight to the point. - Kisah terbaru yang saya nak shared ngan semua pembaca ialah.. Saya da buka balik offer untuk terima tempahan baju kurung. Sebelum ni x de la nk war-war sangat..Maklumla bile da de anak ni, kalau bole sepanjang duk rumah nk ngadap diorang jer..Tapi d sbbkan ekonomi dunia semakin meruncing, so kena la cari inesiatif untuk memnambah pendapatan isi rumah..hmm..yelah isi rumah pun makin lama semakin bekembangkan...hehehe...

K, balik pada topik..Kalau boleh saya nk je letak harga tinggi utk harga buat baju kurung, memandangkan saya duk putrajaya. Tp fikir2 balik, saya kesian lak terkenang orang yg kurang berkemampuan ni.. Nasihat : Blajarla menjahit baju sendiri yerr?? hihi..untungg.. Kalau x tau meh saya ajar..tp charge la skit..saya pun nk cari makan..huhu..

Ok untuk harga tempahan:

1) Baju Kurung biasa(Dewasa) : RM35
2) Baju Kurung Biasa(Kanak2) : RM30
3) Baju Kurung Biasa(1-3THN) : RM25

4) Baju Kurung Pahang(Dewasa) : RM35
2) Baju Kurung Pahang(Kanak2) : RM30
3) Baju Kurung Pahang(1-3THN) : -x ambik-

Sape yang nak tempah gaun panjang untuk kanak2 pun boleh :-

1) Gaun panjang Biasa :RM35
2) Gaun Panjang bereksesori :RM40-RM45

**late2 la sy attch pic k?? x de contoh baju kt pc la.. niway, capat2la cntact me..0132377347..(Area : Putrajaya/Serdang/Bangi & sedara mara only) (^,^)

Wednesday, March 9, 2011

~~BeRtUk@R..Cj7..ehhh..C7 laaa..~~

Alhamdulillah, da sekian lama HP LG ku rosak, baru ni aku dapat beli HP baru..Yaaa..aku kenalkan Cik C7..hehe. Actly, aku x perlu la yang high tech sangat..But cukupla sekadar specs yg aku perlu sangat mesti ade :-

1 - ada camera 3.2 ^(skali c7 8.0Mp daa..). Senang nk tangkap gambar tuk biz aku yg akan datang ni.

2 - Mesti ada MP3 (snang simpan MP3 alquran). in case kalau maghrib kat tengah jalan, senang la ade ngaji2..utk pendinding family terutamanya anak2 aku yg kecik2 lg. (plak tu c7 ada FM tansmitter la..bole pasang kat radio kereta..)best2..

3 - Mesti ade 3G..Coz bese kalau en asben kn g out station, kami akan buat video call. w/pun sehari semalam..rindu juga maaa..hahahaha..

4 - Mesti ade quick office. Aku akan buat bajet stiap bulan utk pengurusan kewangan keluarga. Supaya tidak berbelanja terlebih dan terlampau..hahaha..maklumla, perempuankan suker shopping. (tp C7 ade reader je..x pe en asben tgh berusaha utk membolehkan q/office aku bole adit)..{pasni X payahla aku bukak laptop aku stiap kli nk tengok bajet..huhu..

Okies..that all. Act bnyak lagi function yg menarik tentang en 'C7'. Klau aku cerita detail, x laku la website mobile camni..hehehee...g la kat website www.mobile88.com.my untuk servey HP ni..Len2 pun ade..K, diperkenalkan, inilah dia en 'C7' aku yg baru angkat..hehehhe..Best n superb..x cayer, belilerr..ha3..daaa...

Friday, February 25, 2011

~~Anak Kecil Itu Tidak Berdosa~~

Seandainya bulan bersinar di malam hari, tiada purnama lagi di belah siang. Di kala matahari menyinar di waktu siang, gelita dan suran tiada teriknya... Namun tubuh kecil yang memanggil ibu adalah cahaya mata yang paling bersinar setiap masa dan ketika... Sedarkah kita wahai manusia yang dijadikan oleh Allah sebaik-baik kejadian...Punyai akal fikiran yang waras..tubuh badan cantik dan sempurna.. Tetapi di mana letaknya a'kal dan otak kalian wahai binatang yang bertopengkan manusia..Apakah perasaan kalian membuang bayi merata-rata seperti kalian tidak pernah kecil seperti itu..Apakah otak kalian tidak berfungsi sehingga sanggup memperlakukan bayi kecil darah daging kalian sendiri merata seperti sampah yang tidak berguna!!! Anak Kecil Itu Tidak Berdosa!! Kalian ZALIMM!!!! Kalian DURJANA!!! Kalian tidak layak di panggil manusia!!!! Kalian IBLIS!! SYAITAN!!!!..
Sedangkan binatang sayangkan anaknya..harus apakah lagi gelaran yang layak buat kalian??! Jijik untuk aku memanggil kalian manusia..jijik!!!

Sedarkah kalian..nafas pertama yg mereka perolehi dari alam yg dicipta Allah untuk berkongis udara yg segar ini..kalian telah rampas hak mereka..kalian putuskan titisan susu yg mengalir dari tubuh kalian untuk si kecil itu..

Ya Allah..tunjukkanlah mereka jalan pulang..jalan kembali kepadaMu..Bukakan pintu hati mereka agar tidak menzalimi anak, darah daging mereka sendiri..Kasihani anak2 kecil itu ya Allah..sesungguhnya ku tahu, tempat mereka adalah disisiMu..menjaga pintu syurga agar ibu mereka dapat masuk ke syurgaMu ya Allah..

Ya Allah..Sesungguhnya kelemahan hatiku dengan permainan syaitan kadang kala teruji..Aku mohon kau hindari dari tangan ini menyakiti anak2 ku..tunjukkan ku jalan agar dapat ku bawa anak2 ku kejalan yang benar , yang kau redhoi...jadikanlah anak2 ku anak2 yg soleh, berguna, cerdik, sabar, amanah dan tanamkanlah segala sifat mahmudah dalam diri mereka...ya Allah..sesungguhnya kasihku pada mereka tidak dapat di beli dengan wang yang berjuta2 Ya Allah...Peliharahlah hati kami agar mazmumah itu jauh berjuta2 batu dari kami..Sesungguhnya engkaulah yang Maha Pengasih lagi Penyayang..

Saturday, January 29, 2011

~~Aryna & Suhaila Outdoor ~~

On 22th January aku, en asben n team de buat photoshoot. Tujuannyer utk training kasi skill gempak skit..maklumla blm setahun jagung menceburi alam 'FOTOGRAFER' ni..Asalnye aku malas la nk join en asben..tp disebabkan melibatkan model yg masih anak dara, so en asben mintak aku join dia n team supaya tidak timbul fitnah n sebagainyer..



Ok 1st at all, kami shoot kat blakang opis aku @ taman blkang AG. Aku pun x tau blakang opis aku ni ade taman cantik..Aku dengar2 org ckap jer..tu yg suggest en asben team shoot kt situ..So far ok la..plak tu model2 dapat bg kerjasama dgn bek..





For 2nd port..kami memilih tasik maritim lak. Betul2 sebelah pullman..HUii..aku x penah sampai situ lagi..siap de sewa kapal layar n bot lagi..huhh..bes2..Bole di jadikan list ports ni..bnyk rupanya port2 kt putrajaya ni yg kami x xplore lg..hoho..yg x tahannyer, photographer dia pun ikut jadi model 'terlampau'. kang tunjuk, diorang malu plak..asben i jugakk..hahaha..



Ok..tuk finale port lak..kitorg ingat nk abiskan masa kt pullman.tp hujan dtg tetiba, so kitorg pun berangkut la g dataran PJC.Until titisan peluh terakhir kami kat. situ..hehe..Alhamdulillah semunya berjalan lancar..Seme dpt bekerja as a team work. Thanks for all of u. InsyaAllah andai di izinkan kita jumpa lagi..Enjoyyyy... :D



Thursday, January 20, 2011

~Simple make up..tp menarik..Thanks k lin~

On 16/1/11 (Ahad) aku g kursus mekap zero yg di anjurkan oleh http://azzalynnbridal.blogspot.com/ (kredit to her-k lin). Kursus tu x lama pun. dari kul 9.00am sampai kul 1.30pm. Sebenarnyer saje2 je nk blajo2..bukan nk serius pun..pada mulanya 'YA'..but i think my talent bukan kat situ..so, kalau nk mekap2 pun tuk sndiri n kawan2 terdekat jer..huhu...

Peserta kena mekap sendiri tau..tp barang2 seme penganjur yang sediakan..huiii..bile tengok barang2 mekap dia..fullamakkk..bnyak tol..macam2 brand ade..but her suggestion..'MUSTIKA RATU',FARMASI, n beberape product len. Sebelum ni aku de gak beli..tp aku amik brand elianto + farmasi. So far ok la..mungkin pasni aku nk cuba MUSTIKA RATU plak..saje nk try2..hihi..cam serius je aku ni.. ;p

Slama 4jam 1/2 tu, bnyak tips yg k lin bagi..contohnyer cara memakai foundation + kesesuaian tone kulit, eye shadow + pemilihan warna (mengikut situasi)+ smokey eyes, cam ne nk buat shading kt pipi n hidung, blusher(pemerah pipi) dan ++++. So far aku sangat berpuas hati ngan hasilnya. Cara dia mekap x terlalu berat. Simple tp menarik. Tengok la hasil yg aku dapat... :)










Thursday, January 13, 2011

~@z@M k@Mi~

Kejayaan belum tentu menyebelahi kita. Namun sebagai khalifah di bumi-Nya, seorang hamba harus berusaha untuk kecap kejayaan walau apa cara sekalipun. Yang pasti tidak melanggar syara' dan hukum-Nya..

Seperti aku, dari kecil sehingga kini telah mempunyai 2 cahaya mata yg comel dan menghiburkan, aku tidak pernah hidup dalam keadaan sangat mewah..Sederhana dan kadang2 sempit sikit, biasalah..Namun aku bersyukur kerana hidup aku begini. Aku selalu diingatkan untuk mendekati-Nya..Aku selalu dikejutkan untuk dekat dengan-Nya..Minta jauhkan dari sifat angkuh dan sombong..takabur dan bongkak..Andai aku diberi kemewahan, aku mohon agar kesenanganku dapat ku berkongsi bersama orang2 sekelilingku. Smoga kemewahanku mengalir pada perkara yang diredhoi..amin..

Kini, aku dan hubbyku ingin mengorak langkah membuka lembaran baru untuk tahun 2011. Kami berazam, ingin mengubah corak hidup kami dan memcari rezki lebih untuk menjadikan hidup kami lebih selesa. Ingin menyekolahkan hero kami yang pertama. Ingin membeli rumah untuk aset keluarga kami. Ingin memberi wang saku untuk ibu bapa kami. Segalanya untuk kami dan keluarga kami..Kadang aku rasa putus asa..kadang aku rasa tertekan dgn cabaran persekitaran..namun aku bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat memahi, penyayang, supporter, rajin membantuku dan romantik. Dia adalah hidupku..tanpa dia aku khuatir rebah..



Mak2..Bapak..Abah..kakak..kakang..adik2..kami akan buktikan yang kami mampu untuk membina keluarga bahagia dan dan mengubah hidup kami agar sentiasa diberkati, lebih selesa dan sentiasa di rahmati...amin..

Wednesday, January 12, 2011

~Bila Hatiku Terguris~

Sukar untuk di lafaz..berat untuk ditanggung..pedih untuk dilihat.. Namun perasaan ini hidup. Hidup dengan jutaan perasaan yang harus dipelihara..dijaga..dibelai..dikasihi dan disayangi..Terutama suami dan anakku yang comel dan menghiburkan..

Detik 11.35pm (10/1/2011) Hatiku menangis..hati ku terguris..tatkala tangan ini menghayun hanger ke kaki kecil al-fateh..Aku tidak zalim..aku waras..salahkah aku ingin memberi sedikit didikan kepada anak yang kukandungkan sendiri..Aku sangat menyayangi anak kecil ini..Aku seorang ibu yang sedang berusaha membentuk anak agar mengerti erti 'MAHMUDAH'..

Setiap kali ingin aku menegur dan mengenalkan erti salah pd Al-Fateh, ada saja yang menangkis perbuatanku..dan setiap kali itu juga anak ku tidak mendengar kata dan membantah apa yang aku suruh..Ya Allah sangat kecewanya hati ibu..Apakah harus dibiarkan tabiat yang buruk merasuk jiwa kecil kesayanganku?? Ingin saja ku jauhkan dari persekitaran itu..tetapi akan jatuh derhaka jika jiwa ini terus bergelodak menjengkelinya.. Namun aku dan kekasihku sering dipersalahkan kerana membuatkan anak kecilku menitiskan air mata, merengek @ tidak dituruti apa yg si kecil mahukan..

Maafkan aku kerana menjauh..bukan niatku berbuat begitu..berikan ku masa untuk aku dan anak ku saling mengenali..Ibu sayangkan ayah, Fateh dan adik Luqman..kalianla buah hati ibu dunia akhirat..(-,-)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, January 4, 2011

~~Selamat Tahun Baru 2011~~

Pejam celik..pejam celik da masuk 2011..cepat tul masa berlalu. Umur da betambah, anak pun da betambah.. Azam pun semakin bnyak terlangsai..Masuk tahun baru je..azam baru..sampai tahun ni..azam baru ku ialah....hihihi..

1) Nak dapatkan Mesin Jahit JENOME Model 2049 yang beharga RM2+++



Tadaaa!!..ni dia target mesin jahit aku..nampak simple..tp bnyak serba canggih ni..hihi

2) Nak dapat kan lesen kete..

Minat aku kat menjahit ni memang on jerr..sejak aku ting 3 aku da start menjahit baju sendiri..nangis2 kalau tesalah jahit..Tapi hasilnya membuatkan aku hepi dan bangga pakai baju yang aku jahit sendiri...wahahahaha...


**Kepada sesiapa yang nak tempah baju kurung biasa @ pahang, meh la calling2..tp aku x amik banyak. Sape cepat dia dulu k? Kesian mesin jahit aku yg 1 ni..jarang da di pakai..hihi..




Ni haa..Mesin jahit singer buah hati aku no.5 buat masa ni..kui3..

Tahun lepas aku agak keciwa sbnarnya...coz azam aku tuk dapat kan lesen gagal..so tahun ni aku betol3 berazam...pas aku langsai bayar mesin jahit..aku nk terus amik lesen...

Sian anak2 aku..asal en asben g o/station, mesti minx tolong cik ewa @ adik aku yang jadi driver..huuu..sian diorang..anak2 aku pun x ley jalan2 sepanjang en asben x de.. hmm...

Niway..tahun ni aku mengharap kehidupan aku dan keluarga bertambah baik, senang dan sentiasa diberi kesihatan..di murahkan dan di berkati rezki..Mudah2an Anak ku Muhammad I'zzat Al-Fateh dapat bersekolah tahun depan dengan aku yang hantar dia sendiri nek kete..insya Allah..



Semoga Fateh jadi anak yang soleh, pintar, hormat orang yg lebih tua dan kawan2, pandai ngaji dan dipermudahkan perjalanan hidup..ameenn..SAYANG anak ibu..MMMUahhhh..