Kejayaan belum tentu menyebelahi kita. Namun sebagai khalifah di bumi-Nya, seorang hamba harus berusaha untuk kecap kejayaan walau apa cara sekalipun. Yang pasti tidak melanggar syara' dan hukum-Nya..
Seperti aku, dari kecil sehingga kini telah mempunyai 2 cahaya mata yg comel dan menghiburkan, aku tidak pernah hidup dalam keadaan sangat mewah..Sederhana dan kadang2 sempit sikit, biasalah..Namun aku bersyukur kerana hidup aku begini. Aku selalu diingatkan untuk mendekati-Nya..Aku selalu dikejutkan untuk dekat dengan-Nya..Minta jauhkan dari sifat angkuh dan sombong..takabur dan bongkak..Andai aku diberi kemewahan, aku mohon agar kesenanganku dapat ku berkongsi bersama orang2 sekelilingku. Smoga kemewahanku mengalir pada perkara yang diredhoi..amin..
Kini, aku dan hubbyku ingin mengorak langkah membuka lembaran baru untuk tahun 2011. Kami berazam, ingin mengubah corak hidup kami dan memcari rezki lebih untuk menjadikan hidup kami lebih selesa. Ingin menyekolahkan hero kami yang pertama. Ingin membeli rumah untuk aset keluarga kami. Ingin memberi wang saku untuk ibu bapa kami. Segalanya untuk kami dan keluarga kami..Kadang aku rasa putus asa..kadang aku rasa tertekan dgn cabaran persekitaran..namun aku bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat memahi, penyayang, supporter, rajin membantuku dan romantik. Dia adalah hidupku..tanpa dia aku khuatir rebah..
Mak2..Bapak..Abah..kakak..kakang..adik2..kami akan buktikan yang kami mampu untuk membina keluarga bahagia dan dan mengubah hidup kami agar sentiasa diberkati, lebih selesa dan sentiasa di rahmati...amin..
No comments:
Post a Comment