Tuesday, December 27, 2011

~Keputusan Aku Muktamad~

Assalamualaikum dan Salam Sejatera,

Alhamdulillahh..masih diberi usia,masih diberi kesihatan dan lain2. Semenjak Ofis aku blok laman2 sosial dan termasuk blog edit, aku jarang berpeluang edit blog untuk aku kongsikan cerita suke duke aku.. Alhamdulillah malam ni, d sbbkan aku x leh tido, aku ingin mengwar2kan satu berita dan keputusan yang aku rasakan yg terbaik buat aku, keluargaku dan kehidupanku.. Da lama aku mmbuat kptsan ini, namun d halang oleh org tuaku. Sehingga 1 tahap aku rasa, aku perlu mengambil keputusan ini demi anak2ku dan suamiku yang sangat supportive.

Da 3 thn lebey status aku sbg F29 sambilan di Jab Akauntan Negara, Putrajaya. Environment, kawan2, kerja, bos2 mmg terbekkk!! Tp, d sbbkan status aku sbg PSH(Pekerja Sambilan Harian), banyak perkara yg telah ditarik dan merungsingkan hidup aku. Mcm aku ckp dlm entry sblm ni, alaun kene tarik, cuti langsung x de, renew dr 6 bln, jadi 3 bln sekali..hohhh.. Rasa dizalimi dan semakin dipinggirkan oleh kerajaan... Now, kptsan telah ku ambil,JANM akan menjadi memori terindah buatku bermula 31 Jan 2012. Plan back up telah dibuat. Buat sementara waktu, aku akan fokus dengan biz buat tudung dan menjaga anak2 yg slalu terabai dek kesuntukan waktu bersama pada weekly.



Buat teman2 opis, aku ucapkan ribuan terima kasih di atas perkongsian ilmu, suke duke, gelak tawa, sedih pilu, dll. Maaf andai selama di INFRA, BPTM, aku banyak melakukan kesilapan dan kealphaan.. Kalian sememangnya akan sentiasa diingatan..(-_-)...


Sunday, November 13, 2011

KESAN STRESS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada warga Malaysia yang sedang membaca blog ini..

Untuk hari ini, saya ingin berkkongsikan satu kejadian yang berlaku di sekeliling saya akibat daripada kesan STRESS. Sebelum itu, sedikit penerangan tentang stress:

**Tekanan yang berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan luar biasa yang berpanjangan dan keterlaluan merupakan sesuatu yang merisaukan. Ia mempunyai kesan-kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot. Ini akan membawa kepada beberapa penyakit seperti ulser perut, tekanan darah tinggi, migrain (sakit kepala yang amat sangat) dll.

Telah dikaji bahawa hampir 3 juta rakyat malaysia yang mengalami gangguan jiwa (mental/gila) sehingga 2011.

Bukan hanya kewangan menjadi punca, tetapi kerja yang terlalu banyak sehingga kurangnya masa rehat juga bole mendatangkan kesan pada kesihatan tubuh.

Ingin saya kongsikan di sini, beberapa minggu yang lalu, seorang teman (A-kawan)sepejabat mengalami keguguran bayi kembarnya. Disbbkn kerja dipejabat terlalu banyak, bos yang tidak memberi sokongan dari semua aspek dan kerja yang perlu berdepan dengan karenah pelanggan yang bermacam ragam, A sering mengadu dan bermurung dengan kerja yang menimbun. Hanya dia seorang yang handle seme kerja2 yg berkaitan unitnye. Kemurungan dan tekanan yang di hadapi memungkinkan keguguran yang dihadapi. Namun Segalanya atas urusan Allah... Sesungguhnya Allah lebih mengetahui..

Thursday, October 20, 2011

DOA BUAT ANAK SOLEH..insya Allah..

Dalam dunia yang serba moden dan persekitaran yang amat mencabar kini, pasti terdetik kerisauan ibu bapa terhadapa pembesaran anak-anak. Sesungguhnya, sebagai ibu bapa(manusia) kita hanya mampu berserah kepadaNYA setelah berusaha untuk membesarkan anak-anak agar dijauhi dr segala kemungkaran, kecelakaan dan berusaha untuk tidak terpesong ke jalan kesesatan. Semua ibu bapa menginginkan anak-anak yang soleh/solehah, membesar dengan sihat, pintar, beroleh keberhasilan yang baik dalam melakukan pekerjaan dan segala yang terkandung dalam sifat MAHMUDAH.. Maka dikongsikan khas buat ibu bapa beberapa doa sebagai amalan walaupun sedang kita membasuh kereta, memasak dan sebagainya..Mudah2an Allah melindungi anak-anak kita dari segala mara bahaya yang tidak diingini...


DOA SUPAYA ANAK MENGERJAKAN SOLAT @ surah Ibrahim ayat 40-41


[40] “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
[41] “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

DOA UNTUK MELEMBUTKAN HATI ANAK @ Surah Taha 1-5

[1] Taa’ Haa.
[2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
[3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
[4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
[5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

smbg di len masa......

Thursday, October 6, 2011

~My dArLiNg G oT SteSeN..~

Ohh...Untuk thn ni (2011) bole d kire brape kali je en asben saye g ot stesen. Ptg ni dia g Cherating lak sampe ari ahad..aduhhhh..kalau ikutkan hati ni tarak sanggup jauh2 nii.. tp d sbbkan tugas, tanggungjawab ngan kerja, bos n agama terutama.. saye merelakan jua..waaaaaaaaaaa.. Sib Bek ade heros 2 org tu.. bole teman ibu kt umahkan..?? x pe, esok kite ikut umi ikah n ayah din balik kmpg jumpe nenek n embah lagiii..ye..ye.. Pepun semoga en asbenku selamat pergi n pulang.. Buat anak2 ibu, semoga menjadi anak2 yg soleh, pintar n cergas.. IBU SAYANGG SEMUA.. MySpace

Wednesday, October 5, 2011

~KeBahAgiAn Mu..kEbAhaGiaN kU jUa..~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Susah tol aku nk update blog skrg..opis da block sna sni.. kt umah nk ngadapa laptop pun kn tunggu free dr anak2 aku yg da advance. Pantang mak bapak dia bukak laptop, diorang pun nk amik port gak.. suh bukak youtube-thomas lah.. chaggingston lah.. haduiiishhhh...Niway, kesempatan ni aku nk share someting yg bole d manfaat dan praktikkan bagi yg sudah berkahwin sahaje yerr..hehehe...


Sebenarnyer aku syukur sangat coz ade hubby yg so sporting, supportive, loving, caring n romantic..hihi.. x rugi seorang isteri membahagiakan seorang suami dengan ape cara skali pun.. pahalanya sangat besa... Camtu gak sebaliknyer.. Tolong isteri uruskan umah pun besa gak pahalanyerrr.. Teringat aku kat sepotong hadith ni yang aku colek kt fb bespren aku ( http://ciksweety85.blogspot.com/ ). -hihi..aku tumpang share ek lalink.. - Hadith ni bole d jadikan rujukan utk pasangan suami isteri bagi mencarik kebahgiaan hidup.. Jgn duk ego n sombong sangat.. rugi komee!!! ..Meh aku share kt blog ni utk u ol hayati n fahami.. Praktikkan..jgn dok bace jerr..Tp yg belom kawen..kene la Tawen dulu yerr..hehehe...

"Sesungguhnya, apabila seorang suami memandang isterinya (dengan kasih & sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan kasih & sayang), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih & sayang. Dan apabila seorang suami memegangi jemari isterinya (dengan kasih & sayang) maka berjatuhanlah dosa-dosa dari segala jemari keduanya." (HR. Abu Sa'id)


~Semoga kebahagiaan yg kami kecapi abadi hingga di syurga..amin..~

Daaaa..sAyoNarA..MySpace