Wednesday, January 12, 2011

~Bila Hatiku Terguris~

Sukar untuk di lafaz..berat untuk ditanggung..pedih untuk dilihat.. Namun perasaan ini hidup. Hidup dengan jutaan perasaan yang harus dipelihara..dijaga..dibelai..dikasihi dan disayangi..Terutama suami dan anakku yang comel dan menghiburkan..

Detik 11.35pm (10/1/2011) Hatiku menangis..hati ku terguris..tatkala tangan ini menghayun hanger ke kaki kecil al-fateh..Aku tidak zalim..aku waras..salahkah aku ingin memberi sedikit didikan kepada anak yang kukandungkan sendiri..Aku sangat menyayangi anak kecil ini..Aku seorang ibu yang sedang berusaha membentuk anak agar mengerti erti 'MAHMUDAH'..

Setiap kali ingin aku menegur dan mengenalkan erti salah pd Al-Fateh, ada saja yang menangkis perbuatanku..dan setiap kali itu juga anak ku tidak mendengar kata dan membantah apa yang aku suruh..Ya Allah sangat kecewanya hati ibu..Apakah harus dibiarkan tabiat yang buruk merasuk jiwa kecil kesayanganku?? Ingin saja ku jauhkan dari persekitaran itu..tetapi akan jatuh derhaka jika jiwa ini terus bergelodak menjengkelinya.. Namun aku dan kekasihku sering dipersalahkan kerana membuatkan anak kecilku menitiskan air mata, merengek @ tidak dituruti apa yg si kecil mahukan..

Maafkan aku kerana menjauh..bukan niatku berbuat begitu..berikan ku masa untuk aku dan anak ku saling mengenali..Ibu sayangkan ayah, Fateh dan adik Luqman..kalianla buah hati ibu dunia akhirat..(-,-)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

1 comment:

  1. klo ikutkan anak sekecil tu xharus dpukul..sbb die lum mumaiyyiz...tp aku penah pukul ngn hanger sblum ni ( pengalaman ) smpai skrg gertak je mai..insyaallah....mgkin rakan2 lain ade pndapat yg lbih bernas..wallahu a'lam

    ReplyDelete