Thursday, December 23, 2010

~~Family day yang sangat bes dan memori indah in my life~~

21 Dis 2010 : 2.00pm

Perjalanan bermula dari ofis untuk amik anak2 ku yang comel. Then terus g umah kak tikah di Sepang. Sampai sana ingat kakak aku da siap..rupanya aku sempat duk lepak2 lg kt umah dia..Kul 5 br kami betolak ke Melaka.

6.20pm

Kami tiba di lokasi rehlah. Permata Chalet, Melaka. Lokasi betol2 tepi pantai. sangat cantik dan sejuk..huu..tengok2 seme da sampai dan tengah siap nk buat BBQ. Waa..anak2 buah aku yang kecik2. lari sana sini membuatkan anak aku yg sulong melonjak n sronok jumpa spupu spapat dia..yg menyambutnye pun x kurang meriah kesukaan..huuu..

8.00pm

Da solat..aku tengok kt luar huhhh..masing2 sedap melantak hidangan BBQ..uiks x aci..w/pun hujan sekejap n renyai2 beberapa ketika..suasana still meriah..da kul 9pm, tengok anak2 buah+anak aku sronok berkejar-kejaran, men pasir, men bola tegelak beguling2..besnyer..Aktiviti bjalan sampai pkl 11. Kul 12 masing2 da amik port tuk tido..yg laki de yg still kt tepi pantai tengok org menjala di kegelapan pantai..ade yg tido kat pondok tepi pantai, ade yg tido kt beranda..huuhh..sesuke hati diorg lah..janji hepi n selesa..











22 Dis 2010 : 6.00am

Masing2 bangun solat n ade yg terus g tepi pantai. dak2 kecik masing2 tido lagi..Aku n asben pe lagi..dengan NIKOND7000 yang baru angkat dr kedai beberapa jam sebelum ke Melaka..hihi..sronok mengkaji dan snap sana sini tuk dptkan angle yg terbaekk.. dengar samar2 cahaya bulan, cukup da buat gamabr2 yg di snap nampak sgt cantek..:)



7.30am

Tazkirah pendek dari ayahanda Hj Sarif bin Hj Taib, kata2 aluan dr penyelaras prog. Abg ipar aku yg sulong dan abg aku yg no 2. Pas2 ade games lg tuk pasangan suami isteri, utk anak2, utk mak dan anak, yg bujang2 x ketinggalan..sangat meriah. Sambil game bejln, sambil sarapan. Huhh..mmg bes..





8.30am

Tazkirah sudah, game sudah..hahaha..waktu di nanti oleh anak2 buah ku..terjun ke pantailah..pe lagi..Tp malangnya anak aku sangat ketakutan..sampaikan dia x bg ibu n ayah dia turun ke pantai..meraung n tersedu2 ketakutan kalau nampak ibu ayah dia masuk air..hadduuuuuyai..hmm..akhirnya kami terjun gak ke pantai..tu pun pas leka2 kan dia ngan air pancut kt tepi pondok..dia main air..ngan nenek dia, aku n asben pun ape lg..cha alip but la..(CABUT) mandi manda manduuu..yuhuuuu..da kami puan mandi br dia perasan ibu ayah dia x de..skali perati la kt pantai..wahahahaha..
nmapak gak muke kami..terpaksa la kami nek ke daratan selepas dia meraung suh nek..hahahhaa...





11.00am

Masing2 da mula ngemas barang2, siap n makan nsik..tapat kul 12 kami check out. Sebelum beredar , kami sempat tangkap gambar kenangan mcm2 gaya n berebut nk tangkap gambar ngan bapak aku yg da sihat balik..alhamdulillah..nampak sangat keceriaan di wajah mak n bapakku..then kami bertolak kuar kul 12.30PM.





3.00pm

Tiba di bandar Melaka setelah sesat2 pusing tah jalan mana2..Terus g Mahkota Prade.Pas makan adik aku(Saiful) kene gastrik yg agak teruk. Sampai muntah2 n demam. so perjalanan agak slow dan lambat skit..pastu sembahyang kat masjid melaka dan meneruskan perjalanan ke A Famosa..tp d sbbkan hujan, kami just tengok dr dlm kete je..brenti turun pun kat 1 bangunan tepi ship besa tu..tuk beli belah. Haaha..aku beli topi, baju fateh n dulang tuk mak mertua ku..hihi..bes2..tau2 da kul 7.00pm



7.30pm

Betolak blik..masing2 plan nk g umah kakak aku yg kat sepang. OK..Aku follow je..tp d sbbkan malam kelam, kete banyak..so kami 5 kete terpecah kemana2 tah..yg follow aku tinggal kak cik n abg wan je yg bwk anak buah aku 4 org. jadi proced je la teruskan ..kami jumpa di sepang pd pkl 11pm. Makan kat benteng dan aku minta diri kerana pada hari ini aku bekerja..11.35pm. so diorang pun balik ke rumah kakak aku dan tidur di sana...

23 Dis 2010 : 12.05am

Aku n asben tiba di rumah..thanks to my lovely hubby kerana aku bangun2 je dia da siapkan tempat tido dan bawak barang masuk ke dalam rumah.pas2 br dia kejut aku kt dlm kete. Anak aku yg sulong pun da di angkat..hihi..sungguh pnt n ngantukss..

6.30am

Alangkah terima kasihnyerr x terhingga to my hubby coz aku tengok baju yg kotor dari Melaka, da bersih n wangi. Tinggal aku nk besiap g opis jerr..huuu..i love u my darling..i love u so much...:)

Sunday, December 19, 2010

~~I want to be M.U.A????~~

**JADI M.U.A????

Betul ke aku bole serius nak jadi MUA? Act aku pun masih 40% lagi..tapi suami da bg support 100%, so my confidence up jadi 50%. Xperience x de, barang2 mekap pun x complete, modal yg ade pun x de beso mn, sendiri pun x penah mekap..huuu..macam ne tu?

**Cam ne bole tegerak nak jadi M.U.A??


Memandangkan asben aku da start menceburi bidang fotografer dr thn lepas. Market gempak. Projek pun da laju, so aku membzkan body jadi tukang komen. X semene2 aku pun jatuh hati pada gambar2 yg dia shoot. Terutama wedding events.Geram je tengok seri wajah pengantin..dengan gaya dan wajah yg manis..@ Hari Raya 2010, aku try la mekap2(brg2 adik-minx)hihi..ceh..konon nk nmpak cun la tuhh.. Semakin hari aku review foto2 yg asben aku shoot, makin jatuh hati aku dgn wajah pengantin perempuan yg di solek rapi. rada ingin tahu macam mana MUA bole buat muka kita jadi canti semakin membuak2..huhhh..sejak tu aku menyatakan hasrat nk jadi M.U.A. Dengar dek asben, terus dia bg support n xcited nak tolong kuarkan modal tuk beli barang..hihi..




Ni masa walimah bes fren aku (Sofiuddin n wife). Asben yg jadi f/grafer.


**1st time beli barang mekap...

Punye xcitednyer asben aku ni, dapat gaji je terus dia suh beli barang mekap (basic). Sib bek de kawan MUA. So, minx pandangan dia tuk pilih produk. Act kwn tu suggest KRYOLAN + elianto. Tp d sbbkan brand Kryolan susah nk dapat, so aku n asben g la kedai elianto kat Alamanda. Mentang2 de sale, aku pun pe lagi, men amik je brang..HUHHHH..bila bayar..alamak!!!! RM 191. wahahhahaa..cam x caye je..kate br nk blajar..tp ni da cam profesional MUA ni..kuang3..


**Test muka sendiri n kawan..

SEBELUM









-Without Mekap-
___________________________________________________________


SELEPAS









-Natural look wit Mekap-

Wednesday, December 15, 2010

~~Jaga hubungan rumah tangga~~

Setiap pasangan akan melalui saat-saat bahagia apabila melangkah ke alam perkahwinan. x de batas sempadan lagi antara keduanya. Rasa banggga berpegangan tangan. cubit-cubitan kat mn2 je. Cium tangan, pipi dan dahi stiap pergi, balik kerja dan seme hal x de ragu2 lg, x yah nak sorok2 n malu2 lg. Tp kenape keintiman dan kemesraan bese bertahan untuk beberapa thn @ bulan @ minggu je selepas berkahwin. Kenapa yerr? kenapa? kenapa? kenapa??

Sebenarnya, semua tu berbalik pada diri kita. Isteri @ Suami masing-masing perlu mainkan peranan.. tp kat sini sy just nk share as a wife part..sbb sy wife..hihihi..
Act bila makin bnyak kali annvrsary kita sambut, semakin bnyak dugaan dan masalah yg kita akan lalui. Tp kita bole kurangkan masalah tersebut beberapa cara seperti yang saya lakukan:

1-Banyak berkomunikasi dengan pasangan.
Taula skrg ni seme pasangan masing2 bekerja. kuar pagi2, pastu balik sampai mlm.x kira penat ke apa, bila sampai rumah, sambil layan anak, duduk 15-30 minit sebelum memulakan kerja2 rumah, buka topik utk berkomunikasi dgn suami. act x kisah pun bukak topik kerja pun, tp jgn sampai emosi lak..huuu...Pastu sambil tangan ligat buat keje umah, still bersembang lagi. Nak tido pun cari topik lagi..Jangan bosan utk bercakap ngan pasangan k?? dia akan lebih faham isi hati kita dan sebaliknya..tesla kalau nak tau..

2-Jujur dan Ikhlas
Bila da kawen, wt pe nk rahsia2 lagi..kalau terlalu berahsia, silap2 hb pasangan (isteri terutamanya) akan melenting dan bole jadi perang besar.Kalau setiap suami share ngan isteri hal2 yg berkaitan dgn perempuan. cth: nk nek kete sekali ngan anak buah (official)perempuan ke tempat miting. Lebih bek bg tau isteri sblm isteri terserempak dan syak yang bukan2 kan?? mau meletp gunung berapi..ala..stakat msg 10 sen bg tau isteri x kan kopak kredit kot?? xkan?? isteri pun sama gak..no secret2 k??

3-Penuhi permintaan suami selagi tidak melanggar hukum syara'
Yang ni penting..sbb, skrg ni golongan isteri banyak saingan.Sedia maklum perempuan lebih ramai dr lelaki..so, para isteri kena hati2..kalau suami nak kita begaya, beli la baju yg agak menarik tp still menutup aurat.Baju kan da macam2 fesyen. Tudung pun da macam2 gaya..so x de hallah. Then, bila dia suruh mekap, mekap jelah, tp jgn la vouge sgt..kang lelaki len plak yg dekat..huhu..bentuk badan pun kn jaga. tp kalau isteri sedang mengandung n breast feed, suamila plak kena faham..bg isteri masa demi anak k??

Ok, tu baru sebahagian yg saya nk share. Selama hampir 5 thn berkahwin, saya semakin mengenali suami dgn syarat kita saling bertolak ansur, share cerita sedih, marah, gembira dll. Buat masa ni saya sedang cuba untuk memenuhi permintaan suami untuk melihat saya mekap supaya naik seri muka..sejuk sikit dia nk tengok..sib bek minx ngan saya..kalau org len, kan susah??hihihi..

Jumpa lagi..:)

Monday, December 6, 2010

MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam. Di mana perkiraan ini bermula selepas Rasulullah berhijrah dari Mekkah ke Yathrib. Hijrah Rasulullah telah membawa kesan besar kepada seluruh umat Islam terutama dari sudut dakwah Rasulullah,ukhwah dan syiar Islam.

Muharam adalah suatu situasi di mana pada bulan itu Allah melarang umat Islam melakukan perperangan atau pertumpahan darah sehingga turunnya surah Al-Baqarah:ayat91.
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

DOA AKHIR TAHUN:



bermaksud:-
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


DOA AWAL TAHUN:



bermaksud :-

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Semoga rahmat dan kasih sayang Mu ya Allah.. melimpahi seluruh umat rasul Mu..Ameen..