Saturday, January 29, 2011

~~Aryna & Suhaila Outdoor ~~

On 22th January aku, en asben n team de buat photoshoot. Tujuannyer utk training kasi skill gempak skit..maklumla blm setahun jagung menceburi alam 'FOTOGRAFER' ni..Asalnye aku malas la nk join en asben..tp disebabkan melibatkan model yg masih anak dara, so en asben mintak aku join dia n team supaya tidak timbul fitnah n sebagainyer..



Ok 1st at all, kami shoot kat blakang opis aku @ taman blkang AG. Aku pun x tau blakang opis aku ni ade taman cantik..Aku dengar2 org ckap jer..tu yg suggest en asben team shoot kt situ..So far ok la..plak tu model2 dapat bg kerjasama dgn bek..





For 2nd port..kami memilih tasik maritim lak. Betul2 sebelah pullman..HUii..aku x penah sampai situ lagi..siap de sewa kapal layar n bot lagi..huhh..bes2..Bole di jadikan list ports ni..bnyk rupanya port2 kt putrajaya ni yg kami x xplore lg..hoho..yg x tahannyer, photographer dia pun ikut jadi model 'terlampau'. kang tunjuk, diorang malu plak..asben i jugakk..hahaha..



Ok..tuk finale port lak..kitorg ingat nk abiskan masa kt pullman.tp hujan dtg tetiba, so kitorg pun berangkut la g dataran PJC.Until titisan peluh terakhir kami kat. situ..hehe..Alhamdulillah semunya berjalan lancar..Seme dpt bekerja as a team work. Thanks for all of u. InsyaAllah andai di izinkan kita jumpa lagi..Enjoyyyy... :D



Thursday, January 20, 2011

~Simple make up..tp menarik..Thanks k lin~

On 16/1/11 (Ahad) aku g kursus mekap zero yg di anjurkan oleh http://azzalynnbridal.blogspot.com/ (kredit to her-k lin). Kursus tu x lama pun. dari kul 9.00am sampai kul 1.30pm. Sebenarnyer saje2 je nk blajo2..bukan nk serius pun..pada mulanya 'YA'..but i think my talent bukan kat situ..so, kalau nk mekap2 pun tuk sndiri n kawan2 terdekat jer..huhu...

Peserta kena mekap sendiri tau..tp barang2 seme penganjur yang sediakan..huiii..bile tengok barang2 mekap dia..fullamakkk..bnyak tol..macam2 brand ade..but her suggestion..'MUSTIKA RATU',FARMASI, n beberape product len. Sebelum ni aku de gak beli..tp aku amik brand elianto + farmasi. So far ok la..mungkin pasni aku nk cuba MUSTIKA RATU plak..saje nk try2..hihi..cam serius je aku ni.. ;p

Slama 4jam 1/2 tu, bnyak tips yg k lin bagi..contohnyer cara memakai foundation + kesesuaian tone kulit, eye shadow + pemilihan warna (mengikut situasi)+ smokey eyes, cam ne nk buat shading kt pipi n hidung, blusher(pemerah pipi) dan ++++. So far aku sangat berpuas hati ngan hasilnya. Cara dia mekap x terlalu berat. Simple tp menarik. Tengok la hasil yg aku dapat... :)










Thursday, January 13, 2011

~@z@M k@Mi~

Kejayaan belum tentu menyebelahi kita. Namun sebagai khalifah di bumi-Nya, seorang hamba harus berusaha untuk kecap kejayaan walau apa cara sekalipun. Yang pasti tidak melanggar syara' dan hukum-Nya..

Seperti aku, dari kecil sehingga kini telah mempunyai 2 cahaya mata yg comel dan menghiburkan, aku tidak pernah hidup dalam keadaan sangat mewah..Sederhana dan kadang2 sempit sikit, biasalah..Namun aku bersyukur kerana hidup aku begini. Aku selalu diingatkan untuk mendekati-Nya..Aku selalu dikejutkan untuk dekat dengan-Nya..Minta jauhkan dari sifat angkuh dan sombong..takabur dan bongkak..Andai aku diberi kemewahan, aku mohon agar kesenanganku dapat ku berkongsi bersama orang2 sekelilingku. Smoga kemewahanku mengalir pada perkara yang diredhoi..amin..

Kini, aku dan hubbyku ingin mengorak langkah membuka lembaran baru untuk tahun 2011. Kami berazam, ingin mengubah corak hidup kami dan memcari rezki lebih untuk menjadikan hidup kami lebih selesa. Ingin menyekolahkan hero kami yang pertama. Ingin membeli rumah untuk aset keluarga kami. Ingin memberi wang saku untuk ibu bapa kami. Segalanya untuk kami dan keluarga kami..Kadang aku rasa putus asa..kadang aku rasa tertekan dgn cabaran persekitaran..namun aku bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat memahi, penyayang, supporter, rajin membantuku dan romantik. Dia adalah hidupku..tanpa dia aku khuatir rebah..



Mak2..Bapak..Abah..kakak..kakang..adik2..kami akan buktikan yang kami mampu untuk membina keluarga bahagia dan dan mengubah hidup kami agar sentiasa diberkati, lebih selesa dan sentiasa di rahmati...amin..

Wednesday, January 12, 2011

~Bila Hatiku Terguris~

Sukar untuk di lafaz..berat untuk ditanggung..pedih untuk dilihat.. Namun perasaan ini hidup. Hidup dengan jutaan perasaan yang harus dipelihara..dijaga..dibelai..dikasihi dan disayangi..Terutama suami dan anakku yang comel dan menghiburkan..

Detik 11.35pm (10/1/2011) Hatiku menangis..hati ku terguris..tatkala tangan ini menghayun hanger ke kaki kecil al-fateh..Aku tidak zalim..aku waras..salahkah aku ingin memberi sedikit didikan kepada anak yang kukandungkan sendiri..Aku sangat menyayangi anak kecil ini..Aku seorang ibu yang sedang berusaha membentuk anak agar mengerti erti 'MAHMUDAH'..

Setiap kali ingin aku menegur dan mengenalkan erti salah pd Al-Fateh, ada saja yang menangkis perbuatanku..dan setiap kali itu juga anak ku tidak mendengar kata dan membantah apa yang aku suruh..Ya Allah sangat kecewanya hati ibu..Apakah harus dibiarkan tabiat yang buruk merasuk jiwa kecil kesayanganku?? Ingin saja ku jauhkan dari persekitaran itu..tetapi akan jatuh derhaka jika jiwa ini terus bergelodak menjengkelinya.. Namun aku dan kekasihku sering dipersalahkan kerana membuatkan anak kecilku menitiskan air mata, merengek @ tidak dituruti apa yg si kecil mahukan..

Maafkan aku kerana menjauh..bukan niatku berbuat begitu..berikan ku masa untuk aku dan anak ku saling mengenali..Ibu sayangkan ayah, Fateh dan adik Luqman..kalianla buah hati ibu dunia akhirat..(-,-)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, January 4, 2011

~~Selamat Tahun Baru 2011~~

Pejam celik..pejam celik da masuk 2011..cepat tul masa berlalu. Umur da betambah, anak pun da betambah.. Azam pun semakin bnyak terlangsai..Masuk tahun baru je..azam baru..sampai tahun ni..azam baru ku ialah....hihihi..

1) Nak dapatkan Mesin Jahit JENOME Model 2049 yang beharga RM2+++



Tadaaa!!..ni dia target mesin jahit aku..nampak simple..tp bnyak serba canggih ni..hihi

2) Nak dapat kan lesen kete..

Minat aku kat menjahit ni memang on jerr..sejak aku ting 3 aku da start menjahit baju sendiri..nangis2 kalau tesalah jahit..Tapi hasilnya membuatkan aku hepi dan bangga pakai baju yang aku jahit sendiri...wahahahaha...


**Kepada sesiapa yang nak tempah baju kurung biasa @ pahang, meh la calling2..tp aku x amik banyak. Sape cepat dia dulu k? Kesian mesin jahit aku yg 1 ni..jarang da di pakai..hihi..




Ni haa..Mesin jahit singer buah hati aku no.5 buat masa ni..kui3..

Tahun lepas aku agak keciwa sbnarnya...coz azam aku tuk dapat kan lesen gagal..so tahun ni aku betol3 berazam...pas aku langsai bayar mesin jahit..aku nk terus amik lesen...

Sian anak2 aku..asal en asben g o/station, mesti minx tolong cik ewa @ adik aku yang jadi driver..huuu..sian diorang..anak2 aku pun x ley jalan2 sepanjang en asben x de.. hmm...

Niway..tahun ni aku mengharap kehidupan aku dan keluarga bertambah baik, senang dan sentiasa diberi kesihatan..di murahkan dan di berkati rezki..Mudah2an Anak ku Muhammad I'zzat Al-Fateh dapat bersekolah tahun depan dengan aku yang hantar dia sendiri nek kete..insya Allah..



Semoga Fateh jadi anak yang soleh, pintar, hormat orang yg lebih tua dan kawan2, pandai ngaji dan dipermudahkan perjalanan hidup..ameenn..SAYANG anak ibu..MMMUahhhh..