Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada warga Malaysia yang sedang membaca blog ini..
Untuk hari ini, saya ingin berkkongsikan satu kejadian yang berlaku di sekeliling saya akibat daripada kesan STRESS. Sebelum itu, sedikit penerangan tentang stress:
**Tekanan yang berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan luar biasa yang berpanjangan dan keterlaluan merupakan sesuatu yang merisaukan. Ia mempunyai kesan-kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot. Ini akan membawa kepada beberapa penyakit seperti ulser perut, tekanan darah tinggi, migrain (sakit kepala yang amat sangat) dll.
Telah dikaji bahawa hampir 3 juta rakyat malaysia yang mengalami gangguan jiwa (mental/gila) sehingga 2011.
Bukan hanya kewangan menjadi punca, tetapi kerja yang terlalu banyak sehingga kurangnya masa rehat juga bole mendatangkan kesan pada kesihatan tubuh.
Ingin saya kongsikan di sini, beberapa minggu yang lalu, seorang teman (A-kawan)sepejabat mengalami keguguran bayi kembarnya. Disbbkn kerja dipejabat terlalu banyak, bos yang tidak memberi sokongan dari semua aspek dan kerja yang perlu berdepan dengan karenah pelanggan yang bermacam ragam, A sering mengadu dan bermurung dengan kerja yang menimbun. Hanya dia seorang yang handle seme kerja2 yg berkaitan unitnye. Kemurungan dan tekanan yang di hadapi memungkinkan keguguran yang dihadapi. Namun Segalanya atas urusan Allah... Sesungguhnya Allah lebih mengetahui..